Wednesday, June 10, 2009

MUTIARA KATA


* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripadamusuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaanhanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satulawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelakiyang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripadad**esani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidakmengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka andasebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orangterhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuahkapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliauberisteri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuanseumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyaipeluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidakmenjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalahsuara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripadaorang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepadakemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkarayang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainyadaripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandangke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan andadan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalansendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satumatlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apayang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yangdimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana andamasih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akanmengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untukmembina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abadkini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malasialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuaidengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripadakemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benartetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertamadaripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi andaboleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalumemikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang pentingbagaimana keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi andaperlindungan dengan tidak memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberialasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalahhinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlahbahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamakpada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kitabelum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orangyang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahandirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atasapa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripadayang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untukkita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkankegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pulajatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidakmembuktikannya melalui perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapisewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranyadirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepaskemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita& kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannyakecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanyaterhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima dirianda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah apidi dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperanganakan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basahdaripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescayaganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yangkita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaranyang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akanberoleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa

No comments:

Post a Comment