Tuesday, June 2, 2009

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA

Lembaga Jurutera Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Lembaga Jurutera Malaysia atau BEM (Board of Engineers Malaysia) merupakan sebuah badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk menaikan martabat bidang kejuruteraan serta mereka yang terlibat di balam bidang tersebut.
BEM terletak di bawah pentadbiran Kementerian Kerja Raya Malaysia dan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967. [1]. Badan ini ditubuhkan pada tarikh 23 Ogos 1972.
Lembaga ini bertanggungjawab di dalam penyelenggaraan permohonan pendaftaran Jurutera Siswazah dan Jurutera Profesional. Selain itu, BEM turut berfungsi sebagai penentu serta pengawal tata kelakuan dan kesusilaan bagi mereka yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.
//

[sunting] Komposisi
BEM terdiri daripada 17 orang ahli lembaga yakni:
Presiden
14 orang Jurutera Pakar:
5 orang daripada sektor awam
5 orang daripada amalan persendirian
2 orang daripada pihak berkuasa tempatan
2 orang daripada sektor swasta (bekerja sepenuh masa)
Seorang wakil daripada Lembaga Arkitek Malaysia dan
seorang wakil daripada Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

No comments:

Post a Comment